2020 in 3 days

2020 in 3 days
Sekadar aku mahu coretkan. Hari hari dimana aku terlalu sedih. Kecewa. Mungkin nanti apabila aku sudah mampu bangkit melangkah berlari ke hadapan, ini bisa jadi penguat jiwa ini.


1 Januari 2020 (Rabu)

  • Done pindah rumah (bilik) baru. Dengan harapan aku dapat kurangkan tahap kemurungan kesunyian.
Bilik lama dari September - Disember (banyak terjadi sepanjang disini).
  • Pergi ambil lappy dekat Keramat (Mindef), pulangkan barang-barang dia bersama warkah hati. Aku yang patahkan hati sendiri sebab mencari kebenaran yang tersembunyi. Menangis dalam perjalanan pulang, sambil bawa moto.
Bulan malam itu sangat indah, tapi tak seindah perasaan aku.

2 Januari 2020 (Khamis)

  • Sepagi dihabiskan dengan air mata, kusut kepala, celaru fikiran. Balik Puchong, aku bawa moto sangat laju daripada biasa, dengan harapan nyawa aku dicabut, tapi aku tetap takut. Masih sedih. 
  • Selepas Asar, bergerak ke Putrajaya untuk cari tempat aku untuk interview pada esok hari. 
  • Aku unblock dia, cuba untuk tenangkan diri, mohon maaf, tapi dia tetap tidak suarakan kebenaran itu. Bila ditanya, tiada jawapan. Aku masih sedih.

3 Januari 2020 (Jumaat)

  • Seawal subuh aku bangun, bersiap untuk interview. Aku tetapkan jiwa aku untuk hari ini supaya tak lari fokus. Walaupun ada seketika aku terfikir dia juga, sebab dia tak reply apa apa, tiada kata maaf atau memaafkan. 
Seawal pagi dengan harapan.
  • Interview went quite well. Will story more on it for my interview entry.
  • Sepulang ke rumah, terus sayu hati ini. Sedih itu datang kembali. Sukar untuk aku teruskan aktiviti harian. Sehingga aku 2 hari tak menjamah apa apa makanan. Terakhir aku makan malam dengan dia itu.
Kesimpulannya, 3 hari pertama tahun baru, aku sedih. Sedih yang tidak tertahan. Bila masa fikiran ini terfikir, senang jua air mata ini mengalir. Tidak kira siang mahupun malam.
.
.
.
Ku hanya mahu rasai, 
Diriku diperlu.
.
.
Hatiku sedih jiwaku risau mata ku rindu memandang engkau, aku cuba untuk bertahan.
.

Comments

Popular Posts