Maaf tak indah.
Kata dasar: maaf Definisi: kerelaan melepaskan atau membebaskan seseorang daripada hukuman atau denda kerana sesuatu kesalahan (kekeliruan dsb) Sinonim: ampun, magfirat, belas kasihan Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka Pautan: http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=maaf Aku mohon maaf pada kau. Mengucapkannya kadang memang mudah. Tapi terimakah kita dengan hati terbuka? Menuturkannya lancar terbit dari lidah. Tapi lahirkah dari hati kita yang benar? Aku maafkan kau. Sungguhpun ia indah, tetap meninggalkan kesan. Sungguhpun ia indah, tetap merubah yang asal. Maaf (Ayana, Mac 2020) Memohon maaf dan memaafkan. Kadang dipilih sebagai solusi akhir bagi kejadian. Sekecil peristiwa sehingga sebesar tragedi. Sesantai perbualan sehingga timbul ketegangan. Sesingkat pertemuan sehingga sepanjang perkenalan. Dimana sahaja ia dipraktikkan. Di rumah, sekolah, juga di tempat kerja mahupun awam. Analogi mudahnya; yang berbuat salah me...



